hari guru


tarikh 16 mei, macam biasa sambutan hari guru disambut bagi memperingati jasa guru. tema hari guru untuk tahun 2010 ni 'guru pembina negara bangsa'. tapi aku rasa macam tak adil bila sambutan hari guru peringkat kebangsaan je, mesti cikgu sekolah je yang disambut. pensyarah universiti, politeknik, ikbn, kolej komuniti or giat mara tu diorang bukan cikgu gak ke??? patot tukar sambutan hari tenaga pengajar seluruh dunia. by the way aku musykil 16 mei ni sambutan untuk seluruh dunia or kat malaysia ni je yang sambut hari guru.

untuk pengetahuan, mak ngan ayah aku adalah seorang guru, ayah aku guru besar sekolah rendah dan mak aku cikgu sekolah menengah. akak aku pun seorang tenaga pengajar iaitu pensyarah di UiTM merbuk, kedah. so selamat hari guru la aku ucapkan kat mak, ayah and kak long aku. semoga anak murid or pelajar2 anda terus mengenang jasa anda semua spanjang tempoh pembelajaran yang pernah diberikan.

ni plak lagu standard untuk sambutan hari guru satu malaysia. lama gile tak dengar lagu ni. macam biasa kalau sambutan kat sekolah, cikgu la yang kena jadi penyanyi nye. pastu ada baca perutusan perdana menteri sume. last event biasa nye sukaneka la yang sume cikgu2 sekolah kena join. dah macam hari keluarga pun ada gak la rase nye.

kalau korang tau nyanyi lagu ni, nyanyi la ye....

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

lagu pasal guru yang aku selalu layan, 'lilin seorang guru' dinyanyi oleh inteam, best dan sangat layan lagu nye, touching pun ada gak.

2 comments:

Mrs. Simplicity said...

aku suka nyanyi lagu ni. kebanyakan lagu patriotik kat malaysia ni not bad la. bole la nak nyanyi.

lamkasorous said...

ntah, lagu ni je yg semangat lebih sket kot, kalo lagu ptriotik yg laen sume mndatar je, kalo bwt koir lgu ni mmg best la....

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh