architect vs engineer 3

sambungan daripada entry lepas, sebelum ni aku cite architecture tu ape, entry ni nak terang sket study engineering ni macam mana plak, bagi nampak sket. aku ambik engineering tiba2 je, kalau nak ikot kan minat aku memang more to seni bina, sebab nye aku ni memang seronok tengok structure2 yang complex, construction, bangunan2 yang 'out of the box'.

macam mana pun aku terima ngan hati yang terbuka, dan aku semakin meminati dan enjoy sangat ngan bidang yang aku pilih sekarang ni. lagi pun sebelum ni aku bukan nye sekolah teknik pun. bidang teknikal yang aku ambik juz lukisan kejuruteraan. sekarang ni aku ambik mechanical engineering kat UTHM batu pahat, johor. major aku logi, ataupun lebih menjurus kepada power plant la. memang tak terlintas langsung aku akan ambik course ni dan minat pun tak da. tapi tu la bezanye belajar engineering ngan architecture. ni aku akan terang kan.

engineering

course ni nak kate senang pun tak, nak kate susah pun tak, tapi alhamdulillah aku bleh bawak la engineering ni. bleh bawak tak bermakna aku cemerlang, setakat ni tak da la paper yang repeat kalau nak banding ngan aku ambik archi dulu. aku pun sebenarnye pelek, archi yang konon nye dulu aku minat aku takleh nak bawak, tapi mechi yang tak terlintas dalam kepala aku nak ambik ni bleh plak aku bawak.

firstly mechi ni adalah jenis course yang 1+1 = 2, memang benda ni takkan berubah sampai bila2, takkan jadi 3 atau jadi 4. konsepnye dari dulu sampai sekarang tu je. so kalau kau study and paham konsep, tak pun kau ada idea nak buat memang kau akan bleh buat la mechi ni. bukan macam archy yang perlu berimaginasi sepanjang masa dan sangat2 subjective. kalau kita come out ngan satu idea, belum tentu idea yang kite kluarkan tu sume orang akan setuju atau suke. tapi engineering adalah subjek objektif, so kalau buku kate A, lecturer akan terima A. no argurment bout it.

kalau subjek plak setakat yang aku nampak, ada la satu dua subjek berantai atau subjek yang ada pra syarat. tapi memang takda la sampai empat atau lima subjek berantai macam archi. kod subjek plak, xxx zxxx sebagai contoh DDD 1234, DDD 2345, DDD 3456. nombor yang mewakili huruf z tu yang aku nampak setakat ni memang sampai 3 tahap kesukaran nye, tak lebih daripada itu. kebanyakan subject engineering ni adalah aplikasi daripada subkej matematik, fizik dan kimia. so, sape yang memang otai 3 subjek ni daripada sekolah lagi, aku rasa takda masalah la nak bawak course engineering ni. sape yang agak2 kurang tu memang kena usaha lebih sket, may be kena usaha sangat banyak.

macam aku gtao tadi major aku logi. major subjek untuk course aku ni nama nye amalan teknolagi logi. subjek ni je la yang berantai paling banyak, ada sampai 4. subjek ni kebiasaan nye 5 jam je, tak la macam subjek design archi satu hari suntuk. walaupun subjek ni major aku, tapi jam kredit nye pada aku takda la tinggi sangat, setakat 3 je. aku kate sket sebab aku pernah merasa subjek yang jauh lagi tinggi jam kredit nye daripada subjek ni time aku ambik archi dulu. hakikat nye memang 3 jam kredit ni agak tinggi dan sangat2 effect kat pointer kalo kantoi. tak bermakna plak jam kredit yang aku anggap sket ni aku skor, selagi ada perangai malas dalam diri ni, bagi la subjek yang jam kredit rendah mana pun, memang takkan skor jugak.

so, sebab ape subjek yang aku tak terlintas nak ambik ni ak bleh bawak??? dah awal2 lagi aku kate yang subjek ni memang tu je konsep nye. so, potensi untuk membuat kerja last minit memang sangat2 la besar. kalau la diberi masa 2 jam lagi nak submit assignment, insyaAllah la aku bleh siapkan ngan cemerlang nye. ape susah, copy paste je la, then submit. lecturer bleh detect ke kalau tiru ke tak??? conform tak bleh, nak2 yang melibatkan calculation, lecturer nak suspect tiru macam mana. bukan la aku kate aku ni meniru all the time, tapi memang tu la hakikat untuk course2 yang 1+1 = 2 ni. sebab tu ramai gak member2 aku yang pandai2 agak sakit hati kat yang pemalas dalam kelas. diorang penat2 pecah otak buat assignment, kite sedap2 meniru. kalau aku kadang2 masuk golongan pandai dan selalu masuk golongan pemalas la, hehe. paling obvious bila carry mark kuar la, yang pemalas ngan yang pandai lebih kurang same je markah nye walaupun ada beza sket. tapi bila final, sape2 yang pemalas baru tau la langit tinggi rendah nye.

sememangnya tiru meniru ni takkan wujud dan tak bleh nak wujud dalam architecture. ni aku bandingkan major subjek antara archi ngan mechi. macam mana nak tiru, idea kalo 40 orang dalam satu batch, memang kena keluar 40 idea la. sah2 kantoi kalo tetiba tengok design 2 orang yang memang sebijik. so kalo last minit dalam archi memang tak dapat diselamatkan banding ngan kerja last minit dalam mechi yang still ada potensi yang besar ntuk dapat A.

kalau dari segi masa sememangnye, budak2 engineering terlebih2 masa. sorang bleh gak la masuk 2 3 persatuan dan sangat2 aktif ngan persatuan diorang tu. ada gak la masa sibuk nye, tapi macam aku gtao tadi, kalau 2 jam sebelum submit pun aku bleh je kalau nak lepak2 mamak dulu. dari segi budaya belajar, memang pegi kelas balik kelas. tu je la, dan malam2 untuk university yang takda studio base ni memang sangat2 suram, melainkan kalau ada kelas malam atau ceramah pape. kalau tak memang terperuk je la kat dalam bilik.

dari segi bonding plak, stakat ni alhamdulillah ok gak la. ada la sket2 konflik sume, tapi still ok. sebenarnye, bonding ni ikot batch gak. kalo sume kepala ok, ok la, kalo tak takda la. tu yang akan wujud puak2 tu. macam archi aku dulu, kitorang dipaksa untuk kenal sume orang, bukan setakat satu batch, tapi satu jabatan termasuk senior2 sume. student baru akan ada sesi induksi ngan sume senior. dari situ la budak2 baru dimalukan kaw2, kena torture sume, tapi sangat2 best. kalau nak ikot kan aku sangat2 la pendiam masa aku ambik archi. lepas je kena induksi tu memang hilang sume malu. induksi tu ajar budak supaya jadi tak malu, macam mana nak berdepan ngan lecturer yang selalu kondem kerje kita, macam mana nak beta sume. yang paling best kami diajar melawan lecturer. alhamdulillah benda tu suma sangat berkesan tuk aku, dan sekarang ni aku memang jenis yang tak malu la, baek time present, depan lecturer ke, sume aku redah dan buat bodoh je tapi in a good way and proper manners la.

aku bukan nak melebihkan mane2 course atau mencari kekurangan. tapi ni la hakikat sebenarnya dan aku cerita berdasarkan pengalaman yang aku sendiri rasa. architecture pengalaman yang sangat2 amat aku tak bleh lupakan dan engineering study yang aku wajib teruskan. wassalam

1 comments:

Mrs. Simplicity said...

tak kisah la apa2 course pun yg penting mesti ada propect yg bagus bila dah grad nanti. both course yg ko penah ada experience ni mmg ada good prospect tp result kena la seiring gak. competitor makin ramai, budak2 makin pandai. so kenala struggle skit walaupun last minute.

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh