salam maal hijrah 1431


salam maal hijrah kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk muka bumi ni daripada mr. Lamka. di tahun baru ni aku harap kita sume termasuk la diri aku sendiri ada perubahan dari segala segi, kalo tak banyak, sket pun dah alhamdulillah, janjinye berubah. tahun masihi pun akan melabuhkan tirainye. so berganda2 la kite kena berubah kalo nak jadi insan yang lebih baik daripada tahun yang baru meninggal kan kita ni.

so seperti biasa malam semalam sebelum maghrib, amalan membaca doa akhir dan awal tahun tidak pernah ditinggalkan. tapi kali ni laen sket sebab kami baca doa akhir ngan awal tahun kat luar iaitu kat masjid sitiawan. tapi bukan sume yang pegi, aku, ainal ngan ayah aku je yang peginye. kalo macam sebelum2 ni aku satu family akan baca doa akhir ngn awal tahun tu jemaah kat umah je n bace yasin sekali kalo ada masa. tahun ni je laen sket.

last week ayah aku singgah solat kat masjid sitiawan. ayah aku tengok ada ceramah malam maal hijrah oleh tn. guru hj. Abdullah Patani. ayah aku sangat tertarik nak dengar ceramah daripada tuan guru ni sebab dengar cite background nye yang hebat. beliau lahir di patani tapi beliau dibesarkan di Mekkah, sekolah rendah n menengah kat sana, then futher study kat canada, france n beberapa negara lagi. study dalam bidang petrolium, law n ekonomi. pernah keje kat lapangan minyak kat mana ntah, aku lupe dah. sampai la beliau pencen baru la beliau balik ke malaysia untuk berdakwah.

ni la Abdullah Patani ngan ayah aku

now with lamkasorous
(shake sbb ayah aku tngkp)

ceramah yang beliau bagi sangat2 menarik dan something new la pada aku, sebab aku belum pernah dengar lagi ceramah maal hijrah macam semalam. yang laen nye semalam, ceramah beliau mengaitkan antara peristiwa maal hijrah ngan isra' mi'raj, kedua2 peristiwa ni sangat berkait rapat, kalo aku nak cite kan sume memang patah la jari aku nak menaip nye. sket2 ok la kot.

nak lebih jelas click pic.

korang tengok gambar kat atas ni. yang paling bawah tu adalah pergerakan isra' nabi Muhammad S.A.W dari masjidil haram ke baitulmuqaddis. sebelah kiri adalah perjalanan mi'raj nabi dari baitulmuqaddis ke sidratul muntaha. sebelah kanan adalah tahun selepas hijrah iaitu dari tahun 1H sampai 10H.

aku bagi 3 peristiwa la kaitan or hikmah antara hijrah nabi ni ngan isra' mi'raj. first, dilangit yang pertama adalah tempat nabi adam a.s . nabi adam a.s adalah nabi yang pertama n orang yang pertama menjejak kan kaki di muka bumi ni dimana nabi adam la yang mengubah corak dan menghidupkan muka bumi ni. so, pada tahun pertama maal hijrah nabi Muhammad s.a.w telah merubah muka bumi madinah daripada berpecah belah kepada satu umat yang sangat bersatu padu.

second adalah nabi ibrahim a.s dimana terletak dilangit ke 7. nabi ibrahim a.s adalah orang pertama yang membuka kota mekah dan dari situ lah mula era kegemilangan kota mekah. tapi lepas wafat nye seseorang nabi dalam jangka masa yang lama, penyelewengan dan penyalahgunaan kota mekah sebagai tempat beribadat makin lama makin ketara sampai zaman nabi Muhammad s.a.w. so pada tahun ke 7H nabi Muhammad s.a.w kembali ke mekah untuk membuka semula masjidil haram sebagai tempat ibadat bagi seluruh umat Islam. dengan kekuatan umat Islam yang ada pada ketika itu, cukup untuk membuka semula kota mekah sebagai kota suci. mula la era umat Islam di muka bumi arab sampai sekarang.

third adalah di sidratul muntaha iaitu aras yang kesepuluh perjalanan mi'raj di mana nabi Muhammad s.a.w bertemu Allah s.w.t . perintah solat diberikan kepada nabi daripada 50 rakaat turun hingga 5 rakaat yang kita amalkan sekarang ni. himah nye adalah pada tahun ke 10 hijrah adalah tahun kewafatan nabi Muhammad s.a.w (bertemu Allah s.w.t) .

ini je yang aku bleh cite n ape yang aku paham semalam, nak ikot kan, langit pertama sampai langit ke tujuh ada nabi2 nye dan tahun hijrah dari 1H sampai 10H di kaitkan mengikut peristiwa n cabaran yang diterima oleh nabi2 yang berada disetiap langit tu. kalo sape yang dah tau cite ni alhamdulillah la, tapi aku baru tau kaitan antara dua peristiwa ni. tu yang aku nak share sket.


0 comments:

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh