internship 2

dulu sebelum nak apply mana2 tempat internship, mesti ada je mulut or racun2 yang kate 'ala, tempat tu bukan banyak keje pun, nak2 kerajaan' dan macam2 lagi ayat yang keluar. sama la masa aku nak apply TNB ni, ada la sorang mamat ni kate kat aku, dulu ada member dia pernah intern kat power plant hydro, lagi dok saje je. dulu masa waktu aku tak berilmu sket memang aku ye kan aje la cakap diorang tu. sekarang ni aku under boiler maintenance, dan aku sungguh menyangkal la mulut2 busuk yang kate dok TNB ni takda keje la kerajaan la. by the way TNB ni same je sebenornye macam petronas under badan berkanun, senang cite semi kerajaan la n dalam erti kate lain half daripada profit yang kite dapat bagi kat kerajaan.

berbalik pada perbincangan kite, setakat ni alhamdulillah aku hari2 pegi site n ada je keje yang bleh dibuat. memang ye, diorang takkan bagi nye kite buat satu2 keje tu 100%, more to observe je. tapi ok what instead of kite dok melepak je. pada aku la, mulut2 yang kate dok company kerajaan or company2 yang kononnye budak praktikalnye xda keje tu memang budak yang praktikal tu malas or memang dia jenis tukul ngan pahat, nak tunggu orang ajak or suruh buat keje baru la terkial2 nak buat. macam aku ni kalo kat tempat keje jenis yang tak bleh nak dok diam, ape yang aku buat, aku tebalkan muke aku ni n dengan selamber aku buat jadual aku sendiri, hari ni ikot orang ni, esok ikot orang lain plak then ikot suke aku la aku nak follow sape2.

memang betul diorang takda nak arrangekan untuk kite sume. macam aku ni keje plant n handle boiler maintenance. bukan nye keje office nak ada keje rutin, defect kat boiler pun bukan nye hari2 same, so macam mana la diorang nak arrangekan jadual ke ape sume untuk kite kan. kadang2 tu sampai ke malam la aku baru balik rumah, yang aku tengok budak2 praktikal lain macam seronok je balik awal n dok melepak. pada aku, dah la elaun tak dapat n kalo aku dok melepak je memang betul2 buang masa je la aku praktikal ni. nak plak tempat intern aku skang ni memang bidang aku, sangat la rugi kalo aku tak blajo betul2. aku xda hal sangat pun dapat elaun ke tak, ape yang aku rasa skang ni, praktikal jauh lagi bermakna daripada 3 tahun aku dok mentelaah buku blajo pasal theori sume, intern ni kite dapat blajo, tanya sume terus bleh apply, nampak depan mata n at the same time melekat terus kat kepala hotak ni. dalam 3 tahun aku balajo pasal power plant ni, akhirnya tercapai gak hasrat aku nak memboloskan diri dalam boiler n tengok sume jenis tube yang ada kat dalam boiler tu.


dinding boiler yang diselubungi oleh 'wall tube'

kerja2 pemotongan tube yang bocor

ni tube untuk superheated steam

ni plak gas detactor

ni la keadaan luaran boiler yang setinggi hampir 100 meter



internship

at last, keterujaan nak post entry kat blog aku ni mai dah. alhamdulillah akhirnya dapat gak aku ni segulung sijil insyaAllah. sementara nak dapat penganugerahan diploma ni, aku skang tengah praktikal. yupe, aku baru je report duty hari tu (01.06.2011) kat stesen janakuasa sultan azlan shah manjung. maka nya aku terpaksa habis intern dalam 12.08.2011. budak2 yang sekali intern ngan aku sem ni dah berbundut2 artikel, gambo n ada gak yang post video tu pasal internship diorang. yang aku ni baru nak mengenal erti apa ke jadah nye internship tu.


1st inpression kat tempat keje aku, TERBAIK!! aku bukan la nak kata sangat minat, tapi dah mula nak develope minat dalam bidang yang melibatkan power plant ni dan TNB memang channel terbaik untuk aku belajo lagi mendalam pasal power plant. sekali pandang kat plant TNB tu memang dah bleh agak la sume struktur2 yang ada kat plant tu, boiler letak kat mana, chimney, turbine, dia punye condenser sume2 la. tapi sume tu dalam skala yang sangat besar nak bandingkan ngan amali n ape yang aku balajo kat dalam kelas dulu. harap semangat teruja yang ada kat aku sekarang ni berkekalan la sampai aku habis. Amin~

hari pertama besa la, kat mana2 company pun memang bagi briefing je. kebetulan plak untuk 1-3 jun tu ada kempen menjaga keselamatan dan alam sekitar. so tadi ada la dengor2 ceramah keselamatan n kesihatan. ada sukaneka sket tuk staff2 plant kat situ. kempen ni dibuat susulan daripada kejadian sorang pelatih mati lemas kat pump house di plant tuanku jaafar, port dickson. dengor SV aku cite pun pasal kejadian tu agak mengejutkan aku n d geng, pape pun jangan kite pandang remeh kat ayat 'SAFETY FIRST' tu ye.

panorama stesen janakuasa sultan azlan shah, manjung perak.


p/s : mana2 term yang tak paham tu google sendiri la ye

rihana adelia ke alam berjalan....

SELAMAT HARI MENJADI INSAN YANG BERNAMA
RIHANA ADELIA!!

17 FEB 2010, sorang lagi hamba Allah dipertemukan jodoh untuk melihat keindahan muka bumi ni, dia adalah anak saudara aku yang ke dua a.k.a anak nayville yang ke dua jugak. kalau sape yang pernah baca blog aku pasal anak buah aku yang sorang ni, aku ada jugak la menyumbang dalam proses kelahiran dia ni. bukan nye jadi bidan ke ape, tolong tanam uri je. tak nak panjang cerita, akhir kate daripada uncle akmal kepada rihana adelia, semoga keberkatan hidup, hidayah dan rahmat Allah sentiasa melimpah kat Adel ye, amin InsyaAllah.....


maulidur rasul vs valentine day

sume orang sedar kot yang secara kebetulan, hmm... sebenarnya bukan kebetulan sangat pun, memang sengaja dirancang oleh Allah S.W.T yang tahun 2011 ni maulidur rasul selang sehari ngan valentine day. mengikut statistik khususnya kat malaysia ni, memang penjualan kondom amat laris la bila tibanya valentine day ni, dengan bahasa yang mudah paham maksiat sangat2 berleluasa la berlaku walaupun dah sedia berlaluasa pada valentine day. banyak artikel2 yang agak menarik dan menginsafkan ditulis tentang valentine day vs maulidur rasul. persoalan yang ditimbulkan adakah remaja2 atau retua2 kat malaysia ni akan mendapat sedikit keinsafan bersempena sambutan maulud nabi daripada melakukan maksiat??? kalau ada tu syukur Alhamdulillah la.

persoalan yang aku nak timbulkan plak, memang kena tunggu sambutan2 hari keagamaan ke baru kite ni nak insaf??? bukan ke kalo dah nama pun maksiat tu bukan kate ikot hari keagamaan, setiap detik pun kalo kite buat memang berdosa. by the way macam aku katekan tadi, Allah sengaja merancang maulidur rasul dekat harinya ngan valentine day, sume tu ada hikmah dan mungkin akan memberi sebanyak mungkin keinsafan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ni tuk tidak lagi melakukan maksiat dan secara tak langsung ini adalah turning point untuk kite bertaubat. aku dan rakan2 seIslam ku same2 la kite bermuhasabah diri kite ni, menghayati secara menyeluruh maulidur rasul yang kite sambut setiap tahun ni. dengan izin nya kite akan diberikan hidayah untuk berubah insyaAllah.

salam maulidur rasul


Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim..
Wayusallimu wayubaarik alaik.
Wayusallimu wayubaarik alaik…..
Allahhummasollialaa. Muhammad..
Allahhummasollialaa. Muhammad..

Bermula satu suara.
Memuji nama baginda..
Menyeru setiap umat.
Menyampai seluruh alam..
Jadi utusan setiap insan
Zaman-berzaman
Kitab warisan
Jadi pegangan..

Terdengar sayup suara
Bergetar tubuh terasa
Memuji tuhan yang Esa..
Memberi rahmat seluruh alam

Nabi junjungan telah sampaikan
Satu seruan
Kitab warisan
Jadi amalan..

Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim..
Wayusallimu wayubaarik alaik.
Wayusallimu wayubaarik alaik…..
Allahhummasollialaa. Muhammad..
Allahhummasollialaa. Muhammad..

assalamualaikum, sume tau kot lirik lagu kat atas ni, lagu Al-Jannah yang dinyanyikan oleh mawi. lagu ni kalo korang nak tau memang adalah lagu wajib aku kalau aku tengah naik motor. tak tau apsal memang kalau tengah bawak motor lagu ni dah macam spontan keluar dari mulut aku, tanya la sapa2 yang pernah naik motor sekali ngan aku. kalau tak jadi lagu pembukaan, lagu pengakhiran time aku bawak motor. kalau kita hayati lirik lagu ni, ianya adalah berkaitan tentang seruan dan dakwah Rasulullah kepada umat Islam, dan bersempena sambutan maulidur rasul ni, lamkasorous tak ketinggalan tuk mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.AW 1432H kepada semua umat Islam di seluruh dunia .

darah


aku tak tau la ni fakta ke auta. ada sorang lecturer aku yang banyak habiskan kerjaya nya kat jepun bagi info, kebanyakan pemerintah2 dan pemimpin2 jepun mempunyai jenis darah yang sama. rasional nya senanag nak memahami dan bekerjasama antara satu sama lain, senang cite kalau lepas berbalah sesama diorang, lepas beberapa minit senang2 je bleh setle down dan bleh pegi minum kopi same2 lagi. sejauh mana kebenaran fakta ni???? tapi aku memang tau yang style orang jepun ni memang jenis kalau berbalah dalam meeting then keluar je dari bilik meeting terus ok takda nak simpan2 dalam hati ke pe benda sume. profesional???, hati kering???, atau fator darah yang sama buat diorang jadi macam tu???

sememang nya aku sangat la jahil bab2 darah ni, bukan pernah ambik biologi pun, yang aku tau pasal darah, darah aku jenis O. mungkin ada kesahihan gak kat info lecturer aku ni. mak ayah aku dua2 darah jenis O dan kalau ada pape hal salah paham ke ape ke memang senang la nak reda antara diorang. dan kalau betul la fakta ni, perlukah kita yang belum berkahwin ni mencari pasangan yang sejenis darah ngan kita??? dan aku yang darah O ni, yang sume sedia maklum bleh masuk ngan sume jenis darah2 yang lain, so..... kemungkinan aku serasi la ngan sape2 je gamak nye.... wAllahua'lam....

reborn, revive, return, refresh.....

assalamualaikum, lame aku tak menulis, memandangkan orang kat keliling aku masing2 berminat nak bercouple and berdating ngan arena blog ni. aku rasa macam nak stat menulis balik. lamkasorous akan hidup kembali. kepada blogger2 baru a.k.a member2 klas ak, selamat berblogging ye. jangan segan silu tuk menulis, luah kan je pe yang terpendam dan yang terbuku kat hati korang tu, agak2 kalau korang nak aku baca blog korang, follow2 la blog aku yang tak seberapa ni gak.....

study mode

GOING BACK TO UTHM!!
ahad baru ni aku ngan family hantar adik aku asyran bin anuar daftar ke universiti teknologi malaysia sesi 2010/2011. dia dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus diploma kejuruteraan mekatronik. umumnye semua orang tau yang diploma untuk semua student utm kat jalan semarak kuala lumpur, program sarjana muda je yang kat skudai. so dekat je la ngan perak dan senang gak la kalau dia ni nak balik.

daftar nye dalam pukul 11 pagi. kami bertolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi. kalau nak ikot kan ayah aku nak bertolak pukul 4 pagi. tapi kebiasaan nye janji ayah aku mesti akan lewat sejam, nak plak pukul 4 tu aku tengah terpacak depan tv tengok spain vs paraguay, ayah aku pun join sekaki la tengok world cup dulu. then baru siap2 mandi sume.

ni la dia asyran bin anuar

universiti teknologi malaysia (research universiti)

bukti surat tawaran kemasukan

by the way, kak ngah aku pun ikot sekali hantar

orang tak berapa ramai sebab dah dibahagi sesi2 untuk setiap kursus

kitorang sampai agak awal, sementara menunggu, lepak sat kat kafe yang berdekatan

gambar skodeng tengah isi borang

kad matriks bleh tahan la, cip tu yang mahal tu

time for check in hostel, hostel 8 tingkat, seb bek ada lif, dalam lif pun dah macam sadin dah ngan hangkut barang yang melambak2

dah masuk bilik, biasa la kena operasi sket2

semua berjalan lancar, takda la lame sangat proses nak daftar nye. sebelum balik tu ada gak la beli barang sket pape yang perlu dan tak cukop macam penyapu sume2 tu. then dah setel sume kitorang pun gerak pulang ke perak. wassalam.

love before marriage

aku terbaca satu artikal kat facebook. cerita nye sungguh panjang lebar yang mengisahkan seorang anak lelaki yang sungguh alim bercinta ngan seorang wanita yang sangat2 solehah dari segala segi. tetapi anak lelaki tu dihalang bercinta dengan wanita idamannye tu oleh ibu nye. walaupun cara diorang berhubung sangat2 terhad disebabkan nak menjaga segala batasan pergaulan antara mereka. yang buat aku tertarik adalah dialog antara ibu lelaki dan lelaki tersebut.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

aku bukan la ustaz or pandai sangat nak berhujah2 bab2 agama. tapi artikal ni sedikit sebanyak buat aku sedar betapa jahil nye aku dulu. sedangkan anak lelaki yang sangat alim bercinta ngan menjaga segala batasan pun tak bleh, ini kan plak kite2 yang sembahyang sunat pun tak berapa rajin nak buat ni, lagi jauh la hanyut nye.





~RENUNG-RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL~

award




1: apa nama blog dan kenapa letak nama tu?
lamkasorous, sebab nye

2: apa nama url dan dari mana datangnya idea itu?
url lamkasorous.blogspot.com, sebab same macam soklan no 1.

3: apa method dalam penulisan anda?
mula2 berblog banyak short form, now dah kurang dah. method hentam keromo dan bahasa rojak.

4: pernah terasa nak hapuskan blog? sebab munasabab?
tak, walaupun kalau nak ikot kan aku ni bukan la hari2 ngadap2 blog. tapi sekarang ni aku rasa macam keperluan lak blog ni. bukan nak expose diri, tapi dalam pada aku gtao aku nye cerita ngan kehidupan seharian aku, maybe ada yang bleh dijadikan input2 yang berguna all the way kat sape2 yang bace blog aku.

5: pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
pernah. apa pulak tak pernah nye. kakak aku ngan adik aku pon seorang blogger.

6: apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantek?
tak kesah, benda subjektif kan dan lumrah alam. diorang punye suka la nak kata ape dan aku punye suke gak la aku nak manage macam mana blog aku.

7: bila blog anda daberanakkan,,?

8: siapa orang pertama tahu anda ada blog?

9: apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sch?
soalan apa nie? aku tak faham la pakai short form nyer...

10: sepuluh orang seterusnya akan datang..
sepuluh orang faollower aku, sila la terima award ngan tag yang tak seberapa ni

award

award: Online bestfriend award
pemberi award : nayville

tq kak ngah!

1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
- seorang yang darah nye same ngan darah aku
- mempunyai dua orang anak yang muke mereka secomel uncle2 nye
- dia sedang menanti bila kah akan dapat abang ipar
- habit yang aku perasan dia ni suka kepak2 kan or patah2 kan pergelangan tangan nye
- yang pasti dia adalah akak aku

2. Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobby (banyaknya..)
- sedang berfacebook dan berblogging
- menantikan perlawanan worldcup spain portugal
- esok bakal memperjalankan diri ke ipoh
- baru je lepas makan
- malam ni insyaAllah tido agak sedikit lambat kot
- ada cite shah rukh khan baru adik aku beli, jap lagi nak tengok
- sejuk2 ni rase nak berdating ngan toilet je keje
- hari ni satu khidmat pesanan ringkas pun aku tak dapat
- aku belum usya surat khabar lagi, sat lagi la baca
- masakan malam tadi sume berunsurkan masak belada

3. Pick your 10 most deserving recepients and describe them
semua follower ku yang rasa diri rajin nak buat, buat la ye.

pantai timur in action - day 2

hari kedua dimulakan ngan breakfast kat pasar payang. makanan standard wajib cuba adalah nasi dagang.

seterusnya usya2 kain2 batik dan cantas mana2 yang berkenan. banyak gak la kain batik yang mak aku beli haritu.

sorang pengkritik kaler, sorang lagi pengkritik corak batik.

ni bukan barang stok 3 sepuluh nye.

setel beli shopping kat pasar payang, dalam pukul 11 kami pun check out dari hotel.

on the way ke destinasi seterusnya, pakcik bas suruh tangkap gambo kat pantai batu burok ni. tapi kitorang tak turun, budak2 sekolah yang kat gambo tu je yang turun.

noor arfa batik, kalau pegi ganu, memang tampat ni termasuk dalam tentative la insyaAllah.

batik canting in the making. for information, currently digital batik is also available.

beca nak bergambo kena bayar dua hengget. tapi kitorang lenjan sampai beratus2 ringgit with paid nothing.

gambor terakhir untuk rombongan ni, bersama ikan koi.

lepas melawat noor arfa batik ni, kitorang singgah bukit bunga kelantan. kat bukit bunga tu lebih kurang macam kat ayer hitam la kalau sape tau. ada jual2 bantal2 ngan patung2 n bunga2 sume. ada la satu dua bantal upin ipin dibeli. time ni dah senja dah, dah setel sume kitorang terus gerak balik perak ikot jalan gerik jugak. dalam pukul 3 pagi gak la sampai nye. so, tu je la aktiviti kami sepanjang lawatan ke terengganu ngan kelantan. wassalam

pantai timur in action - day 1

mr. lamka ditugaskan lead bacaan doa bagi memberkati perjalanan sebelum bertolak

ni masih segar bugar lagi. by the way kitorang ikot gerik, so perjalanan memang agak lama la kalau ikot jalan ni, nak plak ngan bas yang lambat pickup, lagi la lembab sampai nye.

dalam pukul 8.30 pagi kot singgah rantau panjang kelantan tuk breakfast ngan beli belah sket

ni bergambo je kat tempat bunge, tapi yang kitorang beli comforter je satu sorang

sampai kuala terengganu dalam pukul 4.30 petang, destinasi pertama taman tamadun islam ngan masjid kristal.

aktiviti pertama menaiki cruise yang disediakan kat situ.

ni kami nye tourist guide, dop pahang mane ye kabo nape. macam aku paham gak la ape yang dia terang kan tu. orang laen yang tak paham loghat ganu tu memang tergelak2 je la dengar abang ni explain, haha.

ni la dia masjid kristal, tampat wajib pegi skarang ni kalau melancong ke terengganu.

kalau nak ikot kan banyak je gambar sepanjang perjalanan naik boat, ni antara yang terlepas tuk aku upload. kat atas ni kapal bomba kalau ada kebakaran kat mana2 laut yang ada kat malaysia ni, abang tu kate host air nye bleh pancut sejauh 100m.

bersantai sebelum memenatkan kaki

sultan omar ali saifuddin mosque, brunei darussalam

at national mosque, we like a monster

taj mahal, agra, india

in front of al-haram mosque, mecca, saudi arabia

before to the next destination

setel masjid kristal, we head to diz place.

keropok lekor losong in the making.

itu bukan peace ye, kropok dua bungkus.

penat berjalan, kami menginap di sini. penat je aku bawak swimming sute, rupe2 nye tido kat hotel bajet je, haha.

agenda malam bermula ngan melawat masjid putih ni.

kebetulan malam tu adalah gerhana bulan, memang lawa la bulan ngan awan malam tu.

ni kat ekspo yang ada dekat ngan hotel kitorang tu, tapi aku tak pegi ekspo ni sebab aku layan world cup.

haa, kat depan hotel kitorang tu jugak ada dataran siap ada screen besor lagi tayang world cup. so aku layan kat dataran ni la. then aku lepak pantai batu burok ngan member uthm aku paih n onga sampai 2.30 pagi baru aku balik hotel.







~to be continue~

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh