tag : kacamata dan anda



1. sejak bila anda mula berkaca mata?
lama tu tak lame sangat la, tahun 2004 baru start pakai, time tu aku form 4.


2. bagaimana anda tahu anda memerlukan kacamata ketika itu?
kantoi dalam kelas, time tu kelas inglish, aku dah la dok belakang, ape yang cikgu aku tulis kat wight board memang sepatah haram aku tak nampak, maka nya aku pun asyik meniru je la ape yang member sebelah aku tulis. jadi kantoi nye, cikgu inglish aku tu bagi latihan n latihan nye bukan dalam buku pun, tulis kat wight board. dah aku asyik usya member sebelah, so cikgu aku suspek aku meniru la, then aku gtao la aku tak nampak ape yang dia tulis kat depan tu. terpaksa la aku dok depan sekali nak salin sume latihan yang dia bagi tu. kebetulan cikgu aku tu kawan baik ngan mak aku, dia gtao la mak aku n petang tu terus buat spek.

3. Berapa 'power' anda pada permulaan anda berkaca mata?
tak bpe ingat, lagi pun tak banyak sangat, 150 kot???

4. jenis / bentuk kacamata anda yang pertama?
berbentuk segi 6, tapi ala2 segi 4 gak, warna coklat menjadi pilihan sampai la sekarang

5. jenis/bentuk kacamata anda yang terkini?
ntah??? nak kate full frame pun tak, half frame pun tak, tapi bentuk kaca mata la.... hehe

6. berapa 'power' terkini anda?
200 kanan, 250 kiri, aku ada silau yang agak tinggi n kalo drive malam tu bahaya gak la

7. berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini?
ada 4 sume nye, sume warna coklat. kalo warna laen tak bpe sesuai kot ngan aku

8. jika anda ada sentimen tidak suka berkaca mata seperti saya, sila nyatakan sebab musabab
pakai spek memang rimas, aku tak paham orang yang tak pakai spek tapi ye2 nak pakai spek. pergerakan ada sedikit terbatas la. macam mana pun bersyukur je aku pakai spek, bleh orang cam mana satu akmal n mana satu ainal. tu pun still ada orang yang panggil aku ainal.

9. yang mana anda lebih gemar. kaca mata atau contact lens?
contact lens tak penah mencuba, kalo ikot kan dua2 tak suka, leceh bermata 4 ni.

10. Opto pilihan?
kat Ayer Tawar perak, sebab kedai tu da macam panel utk family kitorg. bukan family je, malah atuk, opah, sedara mara pun buat spek kat situ. sebabnya? banyak pilihan yang uptodate & semestinya murah. nama opto tu tak ingat lak.

11. Pasangan anda berkaca mata?
ya!

12. orang yang betuah ditag adalah?
jika anda seorang yang rabun seperti saya, sila amik tag ni dan buat. tq!

1 comments:

Mrs. Simplicity said...

pasangan anda berkaca mata? ya! cikpah? ke da ade awek lain? abg wan tanya ala2 cikpah gak ke? hehehe..

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh