maulidur rasul vs valentine day

sume orang sedar kot yang secara kebetulan, hmm... sebenarnya bukan kebetulan sangat pun, memang sengaja dirancang oleh Allah S.W.T yang tahun 2011 ni maulidur rasul selang sehari ngan valentine day. mengikut statistik khususnya kat malaysia ni, memang penjualan kondom amat laris la bila tibanya valentine day ni, dengan bahasa yang mudah paham maksiat sangat2 berleluasa la berlaku walaupun dah sedia berlaluasa pada valentine day. banyak artikel2 yang agak menarik dan menginsafkan ditulis tentang valentine day vs maulidur rasul. persoalan yang ditimbulkan adakah remaja2 atau retua2 kat malaysia ni akan mendapat sedikit keinsafan bersempena sambutan maulud nabi daripada melakukan maksiat??? kalau ada tu syukur Alhamdulillah la.

persoalan yang aku nak timbulkan plak, memang kena tunggu sambutan2 hari keagamaan ke baru kite ni nak insaf??? bukan ke kalo dah nama pun maksiat tu bukan kate ikot hari keagamaan, setiap detik pun kalo kite buat memang berdosa. by the way macam aku katekan tadi, Allah sengaja merancang maulidur rasul dekat harinya ngan valentine day, sume tu ada hikmah dan mungkin akan memberi sebanyak mungkin keinsafan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ni tuk tidak lagi melakukan maksiat dan secara tak langsung ini adalah turning point untuk kite bertaubat. aku dan rakan2 seIslam ku same2 la kite bermuhasabah diri kite ni, menghayati secara menyeluruh maulidur rasul yang kite sambut setiap tahun ni. dengan izin nya kite akan diberikan hidayah untuk berubah insyaAllah.

salam maulidur rasul


Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim..
Wayusallimu wayubaarik alaik.
Wayusallimu wayubaarik alaik…..
Allahhummasollialaa. Muhammad..
Allahhummasollialaa. Muhammad..

Bermula satu suara.
Memuji nama baginda..
Menyeru setiap umat.
Menyampai seluruh alam..
Jadi utusan setiap insan
Zaman-berzaman
Kitab warisan
Jadi pegangan..

Terdengar sayup suara
Bergetar tubuh terasa
Memuji tuhan yang Esa..
Memberi rahmat seluruh alam

Nabi junjungan telah sampaikan
Satu seruan
Kitab warisan
Jadi amalan..

Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim..
Wayusallimu wayubaarik alaik.
Wayusallimu wayubaarik alaik…..
Allahhummasollialaa. Muhammad..
Allahhummasollialaa. Muhammad..

assalamualaikum, sume tau kot lirik lagu kat atas ni, lagu Al-Jannah yang dinyanyikan oleh mawi. lagu ni kalo korang nak tau memang adalah lagu wajib aku kalau aku tengah naik motor. tak tau apsal memang kalau tengah bawak motor lagu ni dah macam spontan keluar dari mulut aku, tanya la sapa2 yang pernah naik motor sekali ngan aku. kalau tak jadi lagu pembukaan, lagu pengakhiran time aku bawak motor. kalau kita hayati lirik lagu ni, ianya adalah berkaitan tentang seruan dan dakwah Rasulullah kepada umat Islam, dan bersempena sambutan maulidur rasul ni, lamkasorous tak ketinggalan tuk mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.AW 1432H kepada semua umat Islam di seluruh dunia .

darah


aku tak tau la ni fakta ke auta. ada sorang lecturer aku yang banyak habiskan kerjaya nya kat jepun bagi info, kebanyakan pemerintah2 dan pemimpin2 jepun mempunyai jenis darah yang sama. rasional nya senanag nak memahami dan bekerjasama antara satu sama lain, senang cite kalau lepas berbalah sesama diorang, lepas beberapa minit senang2 je bleh setle down dan bleh pegi minum kopi same2 lagi. sejauh mana kebenaran fakta ni???? tapi aku memang tau yang style orang jepun ni memang jenis kalau berbalah dalam meeting then keluar je dari bilik meeting terus ok takda nak simpan2 dalam hati ke pe benda sume. profesional???, hati kering???, atau fator darah yang sama buat diorang jadi macam tu???

sememang nya aku sangat la jahil bab2 darah ni, bukan pernah ambik biologi pun, yang aku tau pasal darah, darah aku jenis O. mungkin ada kesahihan gak kat info lecturer aku ni. mak ayah aku dua2 darah jenis O dan kalau ada pape hal salah paham ke ape ke memang senang la nak reda antara diorang. dan kalau betul la fakta ni, perlukah kita yang belum berkahwin ni mencari pasangan yang sejenis darah ngan kita??? dan aku yang darah O ni, yang sume sedia maklum bleh masuk ngan sume jenis darah2 yang lain, so..... kemungkinan aku serasi la ngan sape2 je gamak nye.... wAllahua'lam....

reborn, revive, return, refresh.....

assalamualaikum, lame aku tak menulis, memandangkan orang kat keliling aku masing2 berminat nak bercouple and berdating ngan arena blog ni. aku rasa macam nak stat menulis balik. lamkasorous akan hidup kembali. kepada blogger2 baru a.k.a member2 klas ak, selamat berblogging ye. jangan segan silu tuk menulis, luah kan je pe yang terpendam dan yang terbuku kat hati korang tu, agak2 kalau korang nak aku baca blog korang, follow2 la blog aku yang tak seberapa ni gak.....

study mode

GOING BACK TO UTHM!!
ahad baru ni aku ngan family hantar adik aku asyran bin anuar daftar ke universiti teknologi malaysia sesi 2010/2011. dia dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus diploma kejuruteraan mekatronik. umumnye semua orang tau yang diploma untuk semua student utm kat jalan semarak kuala lumpur, program sarjana muda je yang kat skudai. so dekat je la ngan perak dan senang gak la kalau dia ni nak balik.

daftar nye dalam pukul 11 pagi. kami bertolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi. kalau nak ikot kan ayah aku nak bertolak pukul 4 pagi. tapi kebiasaan nye janji ayah aku mesti akan lewat sejam, nak plak pukul 4 tu aku tengah terpacak depan tv tengok spain vs paraguay, ayah aku pun join sekaki la tengok world cup dulu. then baru siap2 mandi sume.

ni la dia asyran bin anuar

universiti teknologi malaysia (research universiti)

bukti surat tawaran kemasukan

by the way, kak ngah aku pun ikot sekali hantar

orang tak berapa ramai sebab dah dibahagi sesi2 untuk setiap kursus

kitorang sampai agak awal, sementara menunggu, lepak sat kat kafe yang berdekatan

gambar skodeng tengah isi borang

kad matriks bleh tahan la, cip tu yang mahal tu

time for check in hostel, hostel 8 tingkat, seb bek ada lif, dalam lif pun dah macam sadin dah ngan hangkut barang yang melambak2

dah masuk bilik, biasa la kena operasi sket2

semua berjalan lancar, takda la lame sangat proses nak daftar nye. sebelum balik tu ada gak la beli barang sket pape yang perlu dan tak cukop macam penyapu sume2 tu. then dah setel sume kitorang pun gerak pulang ke perak. wassalam.

love before marriage

aku terbaca satu artikal kat facebook. cerita nye sungguh panjang lebar yang mengisahkan seorang anak lelaki yang sungguh alim bercinta ngan seorang wanita yang sangat2 solehah dari segala segi. tetapi anak lelaki tu dihalang bercinta dengan wanita idamannye tu oleh ibu nye. walaupun cara diorang berhubung sangat2 terhad disebabkan nak menjaga segala batasan pergaulan antara mereka. yang buat aku tertarik adalah dialog antara ibu lelaki dan lelaki tersebut.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

aku bukan la ustaz or pandai sangat nak berhujah2 bab2 agama. tapi artikal ni sedikit sebanyak buat aku sedar betapa jahil nye aku dulu. sedangkan anak lelaki yang sangat alim bercinta ngan menjaga segala batasan pun tak bleh, ini kan plak kite2 yang sembahyang sunat pun tak berapa rajin nak buat ni, lagi jauh la hanyut nye.





~RENUNG-RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL~

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh