ahad baru ni aku ngan family hantar adik aku asyran bin anuar daftar ke universiti teknologi malaysia sesi 2010/2011. dia dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus diploma kejuruteraan mekatronik. umumnye semua orang tau yang diploma untuk semua student utm kat jalan semarak kuala lumpur, program sarjana muda je yang kat skudai. so dekat je la ngan perak dan senang gak la kalau dia ni nak balik.

daftar nye dalam pukul 11 pagi. kami bertolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi. kalau nak ikot kan ayah aku nak bertolak pukul 4 pagi. tapi kebiasaan nye janji ayah aku mesti akan lewat sejam, nak plak pukul 4 tu aku tengah terpacak depan tv tengok spain vs paraguay, ayah aku pun join sekaki la tengok world cup dulu. then baru siap2 mandi sume.

ni la dia asyran bin anuar

universiti teknologi malaysia (research universiti)

bukti surat tawaran kemasukan

by the way, kak ngah aku pun ikot sekali hantar

orang tak berapa ramai sebab dah dibahagi sesi2 untuk setiap kursus

kitorang sampai agak awal, sementara menunggu, lepak sat kat kafe yang berdekatan

gambar skodeng tengah isi borang

kad matriks bleh tahan la, cip tu yang mahal tu

time for check in hostel, hostel 8 tingkat, seb bek ada lif, dalam lif pun dah macam sadin dah ngan hangkut barang yang melambak2

dah masuk bilik, biasa la kena operasi sket2

semua berjalan lancar, takda la lame sangat proses nak daftar nye. sebelum balik tu ada gak la beli barang sket pape yang perlu dan tak cukop macam penyapu sume2 tu. then dah setel sume kitorang pun gerak pulang ke perak. wassalam.

3 comments:

Mrs. Simplicity said...

operasi sikit2? operasi besar-besaran aku rasa aritu. gedegung gedegang dgr sampai keluar bilik. hahaha.. sape la yg jadi roommate yan tu kan?

lamkasorous said...

roommate ngan budak sebelas A, kalo tak blajo gak taktau la....

amal_fc1303 said...

asal entry ko nie xda tajuk nyer?

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh