award




1: apa nama blog dan kenapa letak nama tu?
lamkasorous, sebab nye

2: apa nama url dan dari mana datangnya idea itu?
url lamkasorous.blogspot.com, sebab same macam soklan no 1.

3: apa method dalam penulisan anda?
mula2 berblog banyak short form, now dah kurang dah. method hentam keromo dan bahasa rojak.

4: pernah terasa nak hapuskan blog? sebab munasabab?
tak, walaupun kalau nak ikot kan aku ni bukan la hari2 ngadap2 blog. tapi sekarang ni aku rasa macam keperluan lak blog ni. bukan nak expose diri, tapi dalam pada aku gtao aku nye cerita ngan kehidupan seharian aku, maybe ada yang bleh dijadikan input2 yang berguna all the way kat sape2 yang bace blog aku.

5: pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
pernah. apa pulak tak pernah nye. kakak aku ngan adik aku pon seorang blogger.

6: apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantek?
tak kesah, benda subjektif kan dan lumrah alam. diorang punye suka la nak kata ape dan aku punye suke gak la aku nak manage macam mana blog aku.

7: bila blog anda daberanakkan,,?

8: siapa orang pertama tahu anda ada blog?

9: apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sch?
soalan apa nie? aku tak faham la pakai short form nyer...

10: sepuluh orang seterusnya akan datang..
sepuluh orang faollower aku, sila la terima award ngan tag yang tak seberapa ni

award

award: Online bestfriend award
pemberi award : nayville

tq kak ngah!

1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
- seorang yang darah nye same ngan darah aku
- mempunyai dua orang anak yang muke mereka secomel uncle2 nye
- dia sedang menanti bila kah akan dapat abang ipar
- habit yang aku perasan dia ni suka kepak2 kan or patah2 kan pergelangan tangan nye
- yang pasti dia adalah akak aku

2. Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobby (banyaknya..)
- sedang berfacebook dan berblogging
- menantikan perlawanan worldcup spain portugal
- esok bakal memperjalankan diri ke ipoh
- baru je lepas makan
- malam ni insyaAllah tido agak sedikit lambat kot
- ada cite shah rukh khan baru adik aku beli, jap lagi nak tengok
- sejuk2 ni rase nak berdating ngan toilet je keje
- hari ni satu khidmat pesanan ringkas pun aku tak dapat
- aku belum usya surat khabar lagi, sat lagi la baca
- masakan malam tadi sume berunsurkan masak belada

3. Pick your 10 most deserving recepients and describe them
semua follower ku yang rasa diri rajin nak buat, buat la ye.

pantai timur in action - day 2

hari kedua dimulakan ngan breakfast kat pasar payang. makanan standard wajib cuba adalah nasi dagang.

seterusnya usya2 kain2 batik dan cantas mana2 yang berkenan. banyak gak la kain batik yang mak aku beli haritu.

sorang pengkritik kaler, sorang lagi pengkritik corak batik.

ni bukan barang stok 3 sepuluh nye.

setel beli shopping kat pasar payang, dalam pukul 11 kami pun check out dari hotel.

on the way ke destinasi seterusnya, pakcik bas suruh tangkap gambo kat pantai batu burok ni. tapi kitorang tak turun, budak2 sekolah yang kat gambo tu je yang turun.

noor arfa batik, kalau pegi ganu, memang tampat ni termasuk dalam tentative la insyaAllah.

batik canting in the making. for information, currently digital batik is also available.

beca nak bergambo kena bayar dua hengget. tapi kitorang lenjan sampai beratus2 ringgit with paid nothing.

gambor terakhir untuk rombongan ni, bersama ikan koi.

lepas melawat noor arfa batik ni, kitorang singgah bukit bunga kelantan. kat bukit bunga tu lebih kurang macam kat ayer hitam la kalau sape tau. ada jual2 bantal2 ngan patung2 n bunga2 sume. ada la satu dua bantal upin ipin dibeli. time ni dah senja dah, dah setel sume kitorang terus gerak balik perak ikot jalan gerik jugak. dalam pukul 3 pagi gak la sampai nye. so, tu je la aktiviti kami sepanjang lawatan ke terengganu ngan kelantan. wassalam

pantai timur in action - day 1

mr. lamka ditugaskan lead bacaan doa bagi memberkati perjalanan sebelum bertolak

ni masih segar bugar lagi. by the way kitorang ikot gerik, so perjalanan memang agak lama la kalau ikot jalan ni, nak plak ngan bas yang lambat pickup, lagi la lembab sampai nye.

dalam pukul 8.30 pagi kot singgah rantau panjang kelantan tuk breakfast ngan beli belah sket

ni bergambo je kat tempat bunge, tapi yang kitorang beli comforter je satu sorang

sampai kuala terengganu dalam pukul 4.30 petang, destinasi pertama taman tamadun islam ngan masjid kristal.

aktiviti pertama menaiki cruise yang disediakan kat situ.

ni kami nye tourist guide, dop pahang mane ye kabo nape. macam aku paham gak la ape yang dia terang kan tu. orang laen yang tak paham loghat ganu tu memang tergelak2 je la dengar abang ni explain, haha.

ni la dia masjid kristal, tampat wajib pegi skarang ni kalau melancong ke terengganu.

kalau nak ikot kan banyak je gambar sepanjang perjalanan naik boat, ni antara yang terlepas tuk aku upload. kat atas ni kapal bomba kalau ada kebakaran kat mana2 laut yang ada kat malaysia ni, abang tu kate host air nye bleh pancut sejauh 100m.

bersantai sebelum memenatkan kaki

sultan omar ali saifuddin mosque, brunei darussalam

at national mosque, we like a monster

taj mahal, agra, india

in front of al-haram mosque, mecca, saudi arabia

before to the next destination

setel masjid kristal, we head to diz place.

keropok lekor losong in the making.

itu bukan peace ye, kropok dua bungkus.

penat berjalan, kami menginap di sini. penat je aku bawak swimming sute, rupe2 nye tido kat hotel bajet je, haha.

agenda malam bermula ngan melawat masjid putih ni.

kebetulan malam tu adalah gerhana bulan, memang lawa la bulan ngan awan malam tu.

ni kat ekspo yang ada dekat ngan hotel kitorang tu, tapi aku tak pegi ekspo ni sebab aku layan world cup.

haa, kat depan hotel kitorang tu jugak ada dataran siap ada screen besor lagi tayang world cup. so aku layan kat dataran ni la. then aku lepak pantai batu burok ngan member uthm aku paih n onga sampai 2.30 pagi baru aku balik hotel.







~to be continue~

pantai timur plak

malam ni dalam pukul 12 nak gerak pergi kelantan ngan terengganu. ikot rombongan mak aku n anak2 murid nye. aku kan takda keje, so tu yang aku join tu. lagi pun kan ke memang aku ni kaki jalan, layan kan aje la. malam ni punye game world cup best plak tu brazil vs portugal. tak dapat la nak tengok ngan jayanye sebab nak pack ngan mengangkut barang sume kan. kepada rakan2 ganu ku, nantikan kedatangan abang korang ni ye, wassalam.

farewell

lepas subuh aku terus online. biasanya aku terus tido sebab berjaga malam tengok bola kan, tapi malam tadi tak tengok, so mate pun takda la ngantuk sangat. bukak fb tengok notification berpuluh2. yang pelek nye banyak komen dari member3 archi aku kat satu gambar. aku pun klik la gambar nye. rupenye gambar yang kat atas ni. kalau korang nak baca klik je la gambar tu. gambar ni luahan perasaan member aku yang secara rasminye diorang bakal grad B. sc in architecture tahun ni. terima kasih fahmi sebab kau ingat nak tag kan kat aku gambar ni.

siyesly aku meleleh baca, aku dapat rasakan member2 aku yang laen lagi2 la sedih bacanye. aku yang bersama diorang hanya 2 tahun. tapi sangat2 terasa impak perpisahan diorang yang lepas ni masing2 bakal buat haluan sendiri yang entah bila la akan jumpa balik. diorang yang 4 tahun bersama2 ngan jatuh bangun harungi seni bina lagi la besar impak nye. bleh kata nak melepaskan member balik tu, kalau peluk taknak lepas, kalau salam ngan penuh erat genggamannye, kalo ucapkan ayat perpisahan selamat tinggal jaga diri sume, mau la berulang2 kali cakapnye. berpisah ngan seorang kawan memang sangat2 sakit dan pedih daripada meninggalkan seorang kekasih, seriously.

lagu seni bina je pengubat rindu budak2 archi. kalau rasa rindu nyanyi la lagu tu. untuk pengetahuan sampai aku masuk uthm pun aku still lagi layan lagu seni bina. kalau selalu main gitar kat kolej tu memang lagu mukadimah ngan penutup lagu seni bina la. lirik dan melodi nye dicipta oleh lecturer kitorang sendiri. untuk keadaan sekarang, member2 archi aku yang nyanyi lagu ni comform akan sebak dan meleleh nye.

SATU KETIKA BERITA KU TERIMA
AKU BERJAYA MENJADI PELAJAR SENIBINA
BETAPA BANGGANYA AYAH
BETAPA BANGGANYA IBU
CITA KU KINI TERLAKSANA
LAPAN SEMESTER YANG BAKAL KU LALUI
BANYAK DUGAAN YANG AKAN AKU HADAPI
BERSAMA KETAWA RIANG
BERSAMA BERGURAU SENDA
KITA ADALAH SATU KELUARGA
BERSENGKANG MATA
TIDUR TAK LENA
MAKAN TAK TENTU
PERKARA BIASA
DENGARLAH WAHAI KAWAN KU
INGAT LAH SEGALA PESANKU.
JANGAN LAH KAU MUDAH PUTUS ASA
JANGAN LAH KAU MUDAH PUTUS ASA
JANGAN LAH KAU MUDAH PUTUS ASA

aku terpikir gak, lepas aku tahun akhir kat uthm nanti, adakah aku akan cool, buat2 cool, sedih or akan menangis bagai nak rak time berpisah ngan member2. kite tunngu je la lepas tahun akhir nanti.

wedding belah utara

lepas balik dari utara, esok nye cadang nak post terus entry. tapi tetiba lak macam malas, mula2 esok, pastu esok, then esok lagi. ni sume sebab penangan world cup, hehe. hari ni baru betul2 datang seru nak post entry pasal kenduri kawen belah utara. jangan risau, entry kali ni takda panjang berjela tuk korang baca, hehe. jom layan gambar mana yang ada terus.

ni umah mak ayah abang wan, adik abang wan kawen. ni kitorang baru sampai. umah nye kat padang serai.

aku paling pantang kalau kenduri kawen makan dicatu2! korang tau kan aku melantak macam mana. diorang ni buat gatong royong jiran2 masak sama2.

naseb baik la kitorang ni family. bleh la tambah lebih sket. lagi pun makanan nye bleh tahan gak sedapnye.

ni la pengantin nye, yang perempuan tu adik abang wan. kebetulan plak suami nye ni cikgu kat sekolah ayah aku. tau2 je dah jadi sedare, kecik je dunia ni.

sebelum tu pengantin disambut ngan alat2 muzik kat atas dalam gambar ni. ape nama nye pun aku tak tau. masa kak ngah aku kawen dulu pun disambut ngan group ni jugak.

persembahan silat yang agak mengerunkan, siap berparang2 lagi. ruang dah la kecik je.

dia ni adalah seorang perempuan yang nak jadi photographer lelaki. aku taktau apsal aku tengok teknik photography nye macam kurang la. tengok flash pun pakai flash standard je.

sebelum mengundurkan diri, gambar kenangan sekali.

lepas kenduri umah abang wan, kami tak terus balik sebab esok nye nak pegi umah belah pengantin lelaki plak. so kami menginap di sungai petani inn. kak long aku dok sungai petani gak, tapi tak bleh la nak dok umah dia sebab dia ada housemate kan. malam tu kak long aku tido sekali ngan kitorang. btw, kenduri kawen adik abang wan ni kak long aku tak dapat datang sebab dia ada family day untuk uitm kedah.

gambar sepanjang kat sungai petani takda sebab camera masuk air. gambar kat atas ni tempat kami makan malam. kak long aku yang ye2 ajak makan kat sini sebab dia nak belanja kan.

belah lelaki sambut dua pasang sekali adik ngan abang.

yang belah laki ni plak disambut ngan kompang plus gendang besar tu.

time ni memang sesak gila nak masuk.

tengok la, mana tak sesak, gambar yang kat atas ni adalah sedara mara sahaje, tak termasuk orang luar. dua pasang kan, sampai konvoi 15 buah kereta kalau tak silap aku ngan sebuah bas.

macam biasa gambar kenangan ngan pengantin.

lepas setel kenduri ni kitorang pegi penang plak, ada anak dua pupu mak aku kawen. tapi memang takda gambar sebab semua dah layu. on the way back plak kitorang singgah kat changkat jering nak makan mee udang. aku request nak pegi kuala sepetang sebab lagi best tapi jauh sket la, padahal aku tak makan pun mee udang yang ye2 request jauh2, hehe. so makan je la yang dekat2 changkat jering tu. dah setel makan sume, then kami pun balik.






p/s : agak berjela jugak entry ni, hehe. layankan aje la.

me, myself & i

jangan nak berlagak pandai kalo pandai
jangan nak tunjuk bodoh kalo bodoh